Pentingnya Inovasi dalam Perniagaan

Pentingnya Inovasi dalam Perniagaan

Orang seringkali lupa ketika merasa produknya sudah menjadi yang terdepan dalam persaingan perniagaan. Padahal dalam dunia perniagaan, yang terus membuat pembaharuan yang akan terus menjadi pemenang.

Jika anda percaya roda kehidupan terus berputar, demikian juga dengan roda perniagaan. Mungkin tahun ini produk anda menjadi market leader, tetapi tahun depan belum tentu. Persaingan dalam perniagaan sangatlah ketat. Pesaing-pesaing baru terus muncul setiap hari.


Tak sedikit daripada mereka hadir dengan membawa inovasi baru. Jika anda terus bertahan dengan cara lama, yang terjadi adalah perniagaan anda akan semakin jauh tertinggal.

Seberapa penting sebenarnya inovasi dalam berniaga? Mengutip tulisan Yoris Sebastian di majalah Femina, berikut ini adalah beberapa sebab-sebab mengapa inovasi penting bagi perniagaan anda.
Inovasi diperlukan agar perniagaan
anda sentiasa relevan bagi pelanggan. 

Semakin hari pelanggan semakin mempunyai watak yang senang menggunakan produk-produk praktikal. Alasannya tentu saja kerana mereka semakin mempunyai sedikit banyak masa. Jika dahulu ubat jerawat berbentuk serbuk dan perlu dicampur air untuk menggunakannya, sekarang orang cenderung lebih suka dalam bentuk cair di dalam tube.


Menukar produk yang masa hidupnya pendek. Beberapa tahun lalu anda mungkin masih menggunakan alat pemain kaset atau CD untuk mendengar muzik. Sekarang cukup dengan MP3 player yang kecil anda sudah boleh mendengar muzik.

Memberikan untung lebih besar. Pelancaran produk terbaru Apple selalu ditunggu oleh pelanggannya. Sebenarnya yang mereka tunggu adalah inovasi terbaru yang akan digunakan Apple dalam produk terbarunya tersebut. Pengguna sanggup membayar lebih tinggi untuk sebuah inovasi. Dalam perniagaan hal itu akan meningkatkan profit margin.
Previous
Next Post »
0 Komentar

Ads by google