Apa Target Anda Di Tahun Ini ?

Satu soalan klasik selalu terlontar tiap tahun baru tiba, "Apa target saya tahun ini?"

Jika anda sudah punya jawapannya, itu bagus. Kerana, dengan mempunyai sasaran yang jelas, anda akan melangkah lebih percaya diri.

Mungkin saja di antara kita masih ada yang kecewa dengan target yang belum tercapai tahun lalu. Tapi, kekecewaan ini harus segera diatasi. Masa sangat berharga kerana ia tidak boleh diputar semula. Jadi, apa gunanya berlarut-larut dalam kekecewaan?


Buka minda dan hati anda dan ingat, kita masih punya kesempatan di tahun berikutnya. Ya, kesempatan emas di tahun ini. Percayalah tahun ini sesuatu yang luar biasa akan berlaku dan mengubah hidup anda, bahkan juga orang-orang di sekitar anda.

Keyakinan seperti ini juga saya tanamkan pada diri saya. Bahkan sejak dulu masa saya mula memutuskan 'Ya! Saya akan mula dan berjaya di perniagaan internet! '
Sudahkah anda tentukan target anda tahun ini?

Ucapkan pada diri anda, "Tahun ini adalah tahun saya!"

Segarkan minda, ciptakan peluang-peluang baru! Kembangkan pelbagai kreativiti baru dalam perniagaan. Tinggalkan strategi lama yang sudah usang dan tidak mendatangkan hasil, dan mula gunakan strategi baru. 

Terbukalah pada perubahan!
Jika anda punya tujuan, petakanlah! Susun berdasar jangka waktunya. Ada jangka panjang, menengah, dan jangka pendek, kemudian jalankan. Tetapi, jangan lupa juga untuk menjalaninya secara semula jadi. Jangan sampai target-target itu justru membelenggu anda. Jangan biarkan diri anda tertekan kerana banyak target jangka pendek yang tidak dipenuhi sehingga merasa bimbang gagal meraih apa yang sudah diidam-idamkan. Ini bahaya!
Tujuan hanyalah mata-mata atau jalur penanda. Kurang lebih seperti rambu lalu lintas yang akan membantu anda agar tidak tersesat atau menuju arah yang salah. Jadi, cubalah bersikap lebih terbuka dan fleksibel. Rebut setiap peluang yang membantu anda ke arah tujuan. Lakukan hal-hal yang sekiranya realistik dan boleh anda lakukan.
Di bawah ini ada beberapa perkara yang boleh anda renungkan:

    Biarkan setiap kejadian merubah hidup anda. Anda mesti mau berkembang kerana andalah orang yang mencipta dan menghidupkan adanya perubahan itu. Terbukalah pada pengalaman-pengalaman yang sebelum ini pernah anda alami. Anda harus mau belajar dari pengalaman-pengalaman masa lalu ...

    Proses itu lebih penting daripada hasil. Jika hasil mengendalikan proses, kita hanya akan jalan di tempat. Kita akan selalu terpaku di tempat kita ada sekarang. Tidak berkembang! Sebaliknya, jika proses mengendalikan hasil, meski kita belum melihat tujuan kita, tapi kita tahu pasti kita akan sampai disana. Yakinlah!

    Mulakan dari mana-mana anda berada. Kejahilan untuk memulakan dari mana sering membuat kita tidak beranjak. Ambillah inisiatif. Lakukan dari mana-mana anda berada, sekarang juga!


Jadi, tentukan sasaran dan matlamat anda tahun ini. Andalah yang menjadi penuntun target. Andalah pusat dari target-target anda. Andalah yang mengendalikannya, bukan target yang mengikat anda. Dan, jangan pernah berhenti berubah ... ke arah yang lebih baik tentunya ...

Bagaimana dengan anda? Apa target anda tahun ini?
Previous
Next Post »
0 Komentar

Ads by google