Dalam Berniaga, Kesalahan Bukan Masalah

Dalam Berniaga, Kesalahan Bukan Masalah
Pengasas Digg, Kevin Rose berkongsi rahsia kejayaannya kepada anda

Apakah memulakan perniagaan Internet semudah kelihatannya?
Oh, jelas. Dulu, pada 2000, hanya untuk melancarkan laman web anda harus membeli server yang mahal. Pemaju bebas belum sebanyak sekarang. Kini, anda boleh mendapatkan server yang disewa dengan harga 100 dolar AS atau kurang dari itu setiap bulan, dan menyewa coder bebas dengan harga 10 hingga 12 dolar per jam dan melancarkan laman web untuk beberapa ribu dolar AS.

Apa cadangan anda untuk seseorang yang ingin melancarkan laman web?
Orang menghabiskan masa terlalu banyak merancang dan cuba membuat segala sesuatu sempurna sebelum mereka melancarkan laman web. Padahal, anda tidak akan pernah tahu apa pendapat para pengguna sehingga anda mengantarkan laman itu ke tangan mereka. Lancar saja dulu, cari tahu pendapat komuniti, lantas perbaiki dan lancarkan semula. Akan ada banyak kesalahan, dan itu tidak apa-apa. Anda boleh selalu menghentikan apa yang tidak anda sukai. Selain itu, tahan dulu selama mungkin sebelum menerima pelaburan, kerana semakin lama anda menunggu, semakin tinggi nilai anda dan semakin sedikit dari syarikat anda yang harus anda lepaskan.

Adakah anda pernah lepas dari komputer?
Begitu mudah untuk lupa masa kini berada di depan komputer; saya mungkin menghabiskan masa 12 hingga 14 jam per hari di sana. Namun pada akhir pekan, saya harus berhenti. Semakin bertambah usia, saya sedar, saya tidak boleh hidup di dunia maya, yang boleh memberi saya penyakit atau bahkan membunuh saya. Dan untuk pertama kalinya, sekarang saya perlu menggunakan cermin mata.

Apa nasihat perniagaan terbaik yang pernah anda dapatkan?
Anda tidak perlu bekerja untuk orang lain; Anda boleh melakukan apa yang anda mahu dan ia boleh berjaya. Juga, lakukan sesuatu yang anda cintai. Di keluarga saya, kami masing-masing mengikuti passion kami dalam hidup. Itu adalah hal yang paling penting.


Adakah yang bekerja sendiri atau pengusaha tertentu yang memberi inspirasi kepada anda?
Masa remaja, jelas Bill Gates orangnya. Dan tentu saja, Steve Jobs. Saya takjub sekali kepada dia kerana dia benar-benar memperhatikan detail produk-produknya. Ada sesuatu yang istimewa dari membuka sebuah produk Apple, dan segala sesuatu, mulai dari penulisan manual sampai cara pembungkusan produk begitu sempurna - hal seperti itu sungguh bermakna.
Previous
Next Post »
0 Komentar

Ads by google