Formula Kejayaan Membina Perniagaan Sendiri!

13 Formula Kejayaan Membina Perniagaan Sendiri!

Count Me In adalah organisasi yang menyokong wanita kreatif mewujudkan mimpi mereka membina perniagaan sendiri. Lembaga yang ditubuhkan oleh Nell Merlino itu memberi beberapa tip kepada anda yang juga bercita-cita memiliki perniagaan sendiri.

    Jadilah pengurus yang mempunyai masa yang berkesan dengan mengikuti aturan yang kedua di bawah ini. Fokuslah pada dua hal terpenting yang perlu anda selesaikan di hari itu dan anda akan menjadi lebih produktif.
 
Baca juga 3 Cara Berurusan dengan Modal Kecil


    Hadkan waktu rutin anda di pagi hari selama 15 minit sahaja. Jangan lebih dari 15 minit untuk meminum kopi, membaca e-mail, surat khabar atau majalah. Anda lebih sering berada pada keadaan paling segar dan produktif justu pada awal hari.

    Bayangkan hari anda. Mulakan hari dengan memejamkan mata selama 10-20 saat dan visualisasikan apa yang anda inginkan terjadi pada hari tersebut.

    Jadual masa membaca. Misalnya tentang syarikat yang telah berjaya, industri, pasaran yang berkaitan produk anda, ekonomi, harga dan lain-lain. Semakin banyak maklumat yang anda miliki, anda boleh menjangka perubahan atau mencuri jurus-jurus sukses para pemain yang lebih besar dan berjaya.

    Setiap malam sebelum tidur, sediakan lima minit untuk mempersiapkan dan menjangka apa yang akan berlaku keesokan hari. Hal ini akan membuat anda lebih bersedia di pagi hari.

    Perluas jaringan di bidang anda. Jadual masa untuk makan tengah hari atau minum kopi, atau berhubungan melalui e-mail mahupun media sosial.


    Jagalah kesihatan anda. Jadual pemeriksaan kesihatan dan pastikan anda selalu bersenam. Jika ada masalah kesihatan, jangan anggap remeh. Lakukan pemeriksaan rutin dan rawatan sesuai anjuran dokter.

    Miliki komitmen menghasilkan yang terbaik. Selalu ada halangan dalam perjalanan perniagaan. Tetapi itu adalah sebahagian dari hidup dan perniagaan anda. Ujian sebenar adalah bagaimana anda dan perniagaan anda menangani halangan tersebut.

    Carilah penyelesaian inovatif untuk mengatasi masalah anda. Ada sejuta cara untuk mengembangkan perniagaan anda. Cari cara bijak, inovatif dan terbaik.

    Nasib adalah menyandingkan kesempatan dengan persiapan. Anda harus sentiasa bersedia menghadapi cabaran dan menjangka perubahan yang datang dengan cepat. Jika peluang datang dan anda tidak bersedia, anda telah melewatkan peluang untuk maju beberapa langkah.

    Cari target pasaran yang ingin membayar harga premium. Pasaran perkhidmatan, selain produk premium terus berkembang dan setiap perniagaan harus perlu mencari produk yang tepat untuk melayani pelanggan di pasaran ini.

    Tiga cara mengembangkan perniagaan: Dapatkan lebih banyak pelanggan; jual lebih banyak produk ke pelanggan dan jual lebih kerap ke pelanggan.

    Jika ingin bekerjasama atau tukar barang dengan pihak lain, temukan pihak yang mempunyai apa yang anda perlukan. Kerja sama seperti ini boleh membuat perniagaan anda melonjak.
Previous
Next Post »
1 Komentar
avatar

Asa syarikat pinjaman pinjaman bersedia untuk meminjamkan mana-mana jumlah yang anda perlukan untuk memulakan perniagaan peribadi anda. kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%, juga jika anda ingin membeli rumah di atas ansuran bulanan kita juga boleh menjual rumah untuk anda. supaya Sila memohon pinjaman pertanian pertanian. jika anda memerlukan hubungan pinjaman e-mel kami: asaloantransfer@gmail.com, anda juga boleh menghubungi e-mel ini: finance_institute2015@outlook.com, Mungkin ada banyak sebab mengapa anda perlu akses kepada beberapa wang tunai tambahan - daripada yang tidak dijangka pembaikan kereta atau rumah untuk membayar perkahwinan anda atau cuti khas. Tetapi apa sahaja yang anda memerlukannya, apabila anda meminjam antara $ 5,000 USD untuk 100,000 USD di atas.

pengkhususan Syarikat.
1) Kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%.
2) Kami juga boleh membeli sebuah rumah pilihan anda dalam mana-mana lokasi pilihan anda.

Balas

Ads by google